Obor Belia Buku 3: Carik-Carik Bulu Ayam

1738

Ada peribahasa Melayu yang berbunyi “carik-carik bulu ayam, lama- lama berkumpul juga.” Demikianlah perhubungan antara kita dengan keluarga. Sudah menjadi lumrah hidup dalam keluarga tidak sahaja membawa kebahagian, tetapi juga sakit kepala! Ini adalah kerana selain daripada perubahan jasmani, para remaja juga mulai berdikari dalam pemikiran dan pengambilan keputusan mereka.

Satu perkara yang pasti akan berlaku adalah para remaja akan mengalami konflik dalam komunikasi dengan ibu bapa mereka. Mereka merasakan walaupun ibu bapa mereka mengambil berat akan mereka, tetapi mereka tidak diberi kebebasan yang sepenuhnya.

Selain itu, keadaan mental seorang remaja juga mulai berkembang dan biasanya mereka akan menggunakan logik sewaktu mereka berkomunikasi, sehingga sering menganggap ibu bapa mereka sebagai terlalu kolot. Kadangkala ibu bapa mereka pula berpendapat bahawa anak-anak mereka sudah tidak menghargai atau mahu menurut mereka lagi. Perselisihan faham dalam komunikasi menjadi sesuatu yang sukar dielakkan.

OBOR Belia Buku 3 ini bertujuan menolong para belia meneliti pola komunikasi yang sihat dan cara memperbaiki komunikasi dengan ibu bapa mereka. Satu sesi khusus juga dimasukkan dalam buku ini untuk menolong para remaja memupuk perhubungan akrab dengan adik- beradik mereka.

Waktu remaja memang waktu mencipta identiti sendiri. Tidak hairanlah kalau para remaja mulai memilih fesyen rambut, pakaian, lagu dan kawan-kawan yang disukai mereka. Buku ini meletakkan panduan-panduan alkitabiah untuk menolong para remaja membuat pilihan yang sihat.

“Dengan apakah seorang muda mempertahankan kelakuannya bersih? Dengan menjaganya sesuai dengan firman-Mu.” (Mazmur 119:9)